Jangan Memandu Tanpa Ilmu

 
Tanggungjawab pemandu adalah membawa para penumpangnya menuju destinasi dengan selamat.

Untuk menjadi seorang pemandu yang berjaya membawa para penumpang dengan selamat, si pemandu mestilah mempunyai lesen, mempunyai ilmu tentang selok belok jalan yang bakal dilalui, peraturan-peraturan jalan dan berkaitan kereta yang dipandunya.

Sekiranya pemandu tidak mempunyai lesen, jahil pula tentang peraturan jalan raya, malah kurang tahu tentang selok belok jalan yang bakal dilalui, malah tabiat memandunya juga buruk, maka kemungkinan si pemandu dan penumpangnya sampai ke destinasi dengan selamat tanpa sebarang masalah adalah tipis. Risiko mengalami kemalangan pastinya tinggi.


Demikianlah dalam sesebuah keluarga. Bapa seumpama pemandu, keluarga adalah seumpama kereta dan penumpangnya. Untuk membawa keluarganya menuju kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, bapa perlu mempunyai ilmu yang secukupnya, terutama kekeluargaan dan mendidik anak-anak.

Tanpa ilmu, keluarga akan menjadi berantakan dan porak peranda, kebahagiaan yang diharap bertukar menjadi sebuah penderitaan dan kesedihan.


Mahukah Anda Tahu Cara Mendidik Anak Dengan Berkesan Dalam Islam?